Dunia Kosong Hilangnya Seorang Bergelar Mak



Hari terakhir melawat mak 4 jun pukul 5-7 petang. sesudah ziarah terus solat maghrib di masjid , kuantan maghrib awal, jadi solat dulu baru balik rumah.


pukul 10 malam hospital call bagitau mak nazak, sehari sebelum tu 3 Jun 2024 doktor call 12.40 pagi bagitau any bad news kita akan call . ye lah dah tengah malam baru jer tido masa tu

jadi tangan ni shaking terima berita mengejut, bukan tak biasa , ada jer sebelum ni doktor call tapi kali ni lain sikit perasaan puas istighfar untuk tenangkan perasaan.

dan malam kejadian 4 jun tu bergegas la 10 malam merempit , tak pernah hayat hidup naik moto memalam, ahh tak kisah dah janji dapat tengok mak saat saat akhir

mak di tempatkan di ICU jadi hanya waktu melawat saja dibenarkan masuk, memandangkan doc yang call jadi guard benarlah masuk , tapi terhad 2-2 orang lepas tu keluar orang lain pulak masuk

mak dia ada TB berjangkit jadi tak dapatlah pegang tangan mak buat kali terakhir , hanya bacakan yaasin , manzil kat luar pintu berkaca. last dapat bercakap dengan mak pada khamis 9 mei, masa tu memang borak panjang sebelum mak masuk ICU.

setelah berbincang kita minta jasa baik doktor untuk talkinkan mak, doktor tu tengok kami ni dia pun bagi lah dengan pakai PPE bagai, masuk masa bacaan jantung dah drop 50 , dua orang saja dibenarkan masuk talkin mak, suami dan muaz (adik). dari bacaan tu terus drop 40 terus ke 0

genap hari ke 30 mak di hospital. begitulah mudahnya mak pergi 5 jun 2024 semalam pada 12.08 pagi. setelah segala urusan selesai 3 pagi jugaklah sampai rumah, segala perasaan jadi 0 bila mak dah takde 😭

syukur 4 anak perempuan mak dapat mandikan mak buat kali terakhir. arwah mak dikebumikan di kampung di mana mak membesarkan anak-anaknya 9 orang , sekarang tinggal 8 saja.

korang ada mak, mak mentua hargailah dan sayangilah mereka selagi hayat dikandung badan.

sekarang baru aku rasa sakitnya rindu yang tiada penghujung bila mak yang aku sayang pergi buat selama-lamanya. sebelum ni sakit hilangnya mak mentua pada 2021.

Mak berehatlah, sekarang mak dah tak sakit di dunia dan berbahagialah di 'rumah baru' mak. Kami 8 beradik bersatu hati sentiasa menghantar doa dan sedekah untuk mak.

Terima kasih seluruh petugas HTAA terutama para petugas Wad Teratai 2C & 2B ICU dan yang telah berikan terbaik untuk arwah mak. Jasamu ku kenang selalu. sampai kan guard tu pun dah kenal kami.

Mak kami redha pemergian mak. Al-Fatihah buat arwah mak Rasmejah binti Daud

Post a Comment

0 Comments