"Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, garam
mana yang lebih baik—beriodin atau tanpa iodin? Saya agak keliru. Terima
kasih."
Waalaikumussalam.
Pilihan antara garam beriodin dan tanpa iodin bergantung pada keperluan kesihatan anda.
Garam beriodin membantu fungsi kelenjar tiroid, mengelakkan
goiter (bengkak tiroid) dan masalah hormon.
Ia juga penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan
dan kanak-kanak.
Jadi ia disyorkan untuk mereka yang kurang sumber iodin dalam
diet seperti ikan laut, makanan laut, dan produk tenusu.
Jika ada masalah hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif),
perlu kawal pengambilan iodin.
Bagi mereka yang sudah cukup iodin dalam diet harian, garam
tanpa iodin boleh digunakan untuk mengelakkan pengambilan berlebihan.
Secara mudah, boleh saya simpulkan, jika tiada masalah tiroid
boleh gunakan garam beriodin untuk memastikan cukup iodin dalam badan.
Tetapi jika ada masalah hipertiroidisme, garam tanpa iodin
mungkin lebih sesuai (dapatkan nasihat doktor).
Sementara individu yang banyak makan makanan laut, garam
tanpa iodin boleh digunakan, kerana sumber iodin sudah mencukupi.
Semoga bermanfaat.
Kredit Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
0 Comments