Pusara Arwah Mama

 



Bulan depan 21/7 genaplah 3 tahun mama pergi. masih teringat senda gurau makan bersama sehari sebelum arwah mama pergi. pemergian terkejut. benarlah kematian itu rahsia ALLAH

Ni dah trim asalnya pokok besar, kesan kepuk akan rosak

kak dah takde dua mak. korang yang ada mentua jagalah sebaiknya.

Ingat lagi masa sebulan dah nikah arwah mama tanya "tak pegi tengok mak nur d seri damai" masa hari arwah mama tanya tu memang nak ke SD

Begitulah ceritanya.. untung dapat mentua yang baik dia juga ambik bahagian jaga mandikan furqaan masa kak berpantang

Bukan itu saja masa kak mengandung ke furqaan, arwah mama siap sediakan kelengkapan untuk ibu mengandung

bila dah lahirkan furqaan beli kelengkapan untuk furqaan sehinggalah furqaan 1 tahun 6 bulan itulah tarikh di mana arwah mama jatuh pengsan dan tak sedarkan diri.

awal pagi keesokan mama meninggal pada 21 Julai 2021 jam 12.35 pagi

Mohon yang membaca cerita  ini kita sedekahkan pahala untuk arwah mama Nor Aziyan binti Abdul Wahab 



Post a Comment

0 Comments