Makanan Perlu Dielakkan Bagi Pesakit Hipertiroid


Saya seorang pesakit hipertiroid. Saya menghidapnya selama berbulan-bulan dan sampailah sekarang. Menurut doctor apakah makanan yang patut saya ambil untuk mengurangkan hipertiroid saya?

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan

anda harus mengelakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti garam iodin, ikan laut dan kerang, rumpai laut, makanan atau minuman tenusu, telur kuning.

Minuman yang mengandungi kaffein akan menerukkan masalah hipertiroid anda. Anda disarankan untuk makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D.

Bagi pesakit hipertiroidisme, metabolisme badan mereka meningkat dan menyebabkan mereka selalu lapar dan perlu makan dengan kerap. 

Pemakanan yang seimbang digalakkan. Mereka harus mengambil makanan yang rendah kolesterol, makanan berprotein, dan kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans.

Pengambilan makanan yang manis harus dikawal kerana pesakit hipertiroidisme mengalami masalah pencernaan gula. 

Mereka juga perlu meningkatkan pengambilan kalori untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Kredit Tulisan Asal : www.doctoroncall.com.my

p/s : dari pembacaan saya ikan adalah tinggi iodin terutama ikan laut tuna salmon dan ikan kod

Post a Comment

0 Comments