Iodin merupakan mikronutrien yang digunakan oleh badan untuk membuat hormon tiroid (tiroksin, triiodothyronine) yang perlu bagi pertumbuhan normal, pembangunan dan metabolisme sepanjang hayat. Kekurangan iodin dalam diet dipanggil Penyakit Kekurangan Iodin (IDD).
Badan tidak boleh membuat iodin, oleh itu iodin adalah sutu
nutrien yang penting dalam diet. Iodin ditemui dalam pelbagai jenis makanan
seperti :
Keju
Susu lembu
Kuning Telur
Yogurt beku
Ais krim
Multivitamin yang mengandungi iodin
Garam yang mengandungi iodin
Ikan air masin
Rumpai Laut
Kerang
Susu soya
Kicap
Yogurt
Jika kita mengalami kekurangan iodin, badan kita tidak boleh
membuat hormon tiroid yang mencukupi. Oleh itu, kekurangan iodin boleh
menyebabkan pembesaran tiroid (gioter/beguk), hipotiroidisme dan kecacatan
mental pada bayi dan kanak-kanak yang ibunya mengalami kekurangan iodin semasa
mengandung.
Kekurangan iodin adalah perkara biasa, tetapi jika tidak dicegah dengan cepat, boleh menyebabkan kerosakan otak.
Daripada satu bilion
orang – kira-kira 15 % daripada populasi dunia mengalami gangguan kekurangan
iodin (IDD).
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-iodin
P/S: Bacaan Tambahan
👉KKM Kuat Kuasa Arahan Tambah Iodin Dalam Garam
0 Comments