Seseorang yang mengalami demam selesema biasanya akan berasa runsing kerana mengalami pelbagai simptom secara serentak.
Simptom-simptom tersebut termasuklah tidak boleh bernafas dengan selesa kerana mengalami selesema, batuk dan demam.
Selain menjalani gaya hidup holistik, mereka yang mengalami demam selesema boleh merendam kedua-dua belah kaki dengan ramuan herba di bawah bagi membantu melegakan simptom-simptom yang dialami.
Bahan asas
Bahan asas yang digunakan untuk merendam kaki ialah air, garam dan kapur sirih. Jumlah air yang digunakan bergantung pada saiz bekas yang digunakan untuk merendam kaki.
Kedua-dua belah kaki perlu direndam ke dalam air hingga melepasi buku lali.
Garam yang paling sesuai digunakan ialah garam Gunung Himalaya yang berwarna merah jambu. Pelbagai saiz hablur garam boleh digunakan. Pastikan original dan organik.
Boleh dapatkan di Shopee Fararmy.
Bahan asas yang ketiga ialah kapur sirih. Dapatkan kapur sirih di kedai terpilih. Garam dan kapur sirih membekalkan elektrolit apabila larut di dalam air.
Larutan yang mengandungi garam dan kapur sirih membekalkan tenaga yang tinggi.
Apabila herba-herba yang diperlukan ditambah, larutan ini akan menghasilkan sinergi yang unik bertujuan 'mengurut' poin-poin meridian dan refleksologi yang terdapat pada kaki.
Kebanyakan anda pasti sudah mengetahui tapak kaki mempunyai semua poin-poin refleksologi yang penting yang di kaitakan dengan sistem organ tubuh.
Urutan refleksologi ialah salah satu cara meredakan atau membantu menyeimbangkan fungsi organ sistem. Pada pandangan saya, rendaman kaki ialah salah satu cara poin-poin refleksologi diurut.
Suhu yang digunakan
Untuk kebanyakan kes, saya mencadangkan rendaman kaki yang berasaskan larutan garam dan kapur sirih yang kemudian dilarutkan ke dalam air biasa.
Kepada yang mengalami flu, saya cadangkan penggunaan larutan suam atau suhu panas yang dapat ditanggung oleh kaki seseorang.
Simptom batuk dan bersin menyebabkan otot-otot terutama yang terdapat pada paru-paru selain sarah menjadi penat.
Suhu panas atau suam dipercayai dapat membantu merehatkan sistem organ seseorang yang mengalami demam selesema.
Panaskan air sehingga mendidih, biarkan sejuk selama 20 minit dan tuangkan ke dalam bekas.
Tambah 2 genggam garam Gunung Himalaya. Masukkan sesudu besar kapur sirih dan kacau.
PERHATIAN : Untuk mereka yang mengalami suhu badan tinggi, air yang telah turun suhunya kepada suhu bilik kurang memberi kesan yang diharapkan.

0 Comments