Sumber Perubatan Jawi

 

Konsep Perubatan Jawi merupakan konsep perubatan yang mengetengahkan dua sumber utama iaitu Ilahiyah dan alamiah. Ia berdasarkan pada sabda Rasulullah S.A.W 

"Gunakanlah dua penyembuhan: madu dan Al-Quran" (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakiem)

Ahli herba melihat bahawa madu sebagai suatu sumber alamiah dan Al-Quran sebagai sumber ilahiyah.

Ilahiyah bermaksud bahawa segala penyakit yang berlaku datangnya daripada ALLAH S.W.T dan ALLAH S.W.T jugalah yang sebenarnya menyembuhkan penyakit tersebut.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : "Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T yang menurunkan penyakit, DIA jualah yang menurunkan ubatnya." (Hadis Riwayat Ahmad)

Perawatan akan lebih berkesan apabila perawat sendiri mempunyai hubungan yang kuat dengan ALLAH S.W.T 

Doa adalah intipati Perubatan Jawi. Tawakal merupakan pelengkap, sementara Keberkesanan dan ilmu menjadi asas tindakan.

Post a Comment

0 Comments