Berapa kali sesuai minum sehari? Saya secara peribadi ambil sekali sehari saja maksimum walaupun tergolong dalam fast oxidiser (cepat detoks kopi).
Golongan detoks laju dikaitkan lebih mendapat manfaat kopi. Namun, risiko kopi pada kesihatan mengatasi manfaat bagi majoriti masyarakat kita yang ada masalah angin pada hemat saya.
1) Minum waktu pagi. Minum waktu lainnya kemungkinan
menjelaskan kitaran tidur waktu malam. Gangguan tidur boleh menjelaskan hormon
Dan perkembangan kesihatan badan.
.
2) Ketahui tahap kesihatan. Elakkan kopi jika ada masalah gastrik, GERD,
gangguan mental atau angin,alergi..
.
3) Jangan minum dengan perut kosong jika ada masalah gastrik. Kopi berisiko
mencederakan mukosa (lapisan isi) perut. Perut boleh jadi ulser dan berlubang
juga.
.
4) Elok ke tambah...?
# Butter jadi kopi bulletproof untuk kurus?
# Minyak kelapa untuk "lebih keto"?
# Koko/coklat untuk tambahan antioksida?
JANGAN TAMBAH bahan di atas kalau ada masalah angin. Semua bahan pencetus angin
histamin di atas merupakan bahan "tsunami kepada kesan puting beliung
kopi".
.
5) Elakkan minum kopi dengan suplemen. Ini kerana kopi mengurangkan penyerapan
banyak zat makanan mineral dan mikronutrien seperti vitamin terutamanya.
.
6) Air kena pastikan minum ganti jika kopi menyebabkan kita asyik kencing. Kopi
merupakan "diuretik" kerana kesan histamin yang mengaktifkan aktiviti
pundi kencing.
.
7) Kopi berisiko meningkatkan hormon stress badan (cortisol) seterusnya dopamin
yang menyebabkan rasa seronok (euphoria).
.
8. Masa stress, sakit atau imun terganggu.. Elakkan dulu kopi. Kopi mengandungi
acrylamide yang meningkatkan stress oksidatif dan juga penyebab kanser.
.
9) Jangan ditambah "stress" badan dengan gula yang banyak. Ia
meningkatkan glikasi (AGE) punca penuaan, kerosakan rawan sendi dan pengedutan
kulit. Topup pula gula, itu malapetaka jangka panjang.
.
10) Sentiasa waspada tahap stress badan kita. Jangan pula badan dah angin Dan
stress, pekena kopi, lepas tu pergi bersenam berat. Nescaya bahan saraf
histamin akan meningkat, menyebabkan kepala sakit, rasa pening atau berpusing
(vertigo), berdebar-debar, dan anxiety.
.
0 Comments