5 Tanda Badan Sihat Bila Bangun Pagi


Badan yang segar dan sihat menentukan kualiti kerja sepanjang hari. Tidur yang betul dapat membantu mood dan emosi kita lebih stabil



1) Rasa Segar Tanpa Penat Melampau

Tidak lesu, tiada sakit badan atau sendi.
Petanda hormon jaga (kortisol) normal. Badan rasa ringan dan bertenaga.
.

2) Mood tenang dan Emosi Stabil

Tak cemas, tak marah-marah petanda hormon dan bahan saraf serotonin, GABA, dopamin stabil. Itu juga tanda tiada keradangan otak (neuroinflammation).
.

3) Nafas Tak Bau Busuk

Maksudnya, tiada masalah asid, lendir atau bakteria buat gas busuk biasanya jadi sebab asid "naik" refluks waktu tidur.
.

4) Tidak Kembung atau "Gemuk Angin", Mudah Buang Air Besar


Alhamdulillah. Tiada kuman berlebihan di usus kecil (SIBO). Mungkin tiada masalah gangguan kuman (dysbiosis) dan leaky gut.
.

5) Tiada Craving Gula/Kafein Awal Pagi

Jika tak cari makanan manis-manis dan tak perlu kopi teh pagi-pagi untuk berfungsi normal, mungkin itu petanda bateri sel (mitokondria) sihat. Insulin stabil. Hormon kortisol sihat.
.

3 Perkara paling penting.

#1 Mesti tidur awal, berkualiti. Tidur gelap pekat, senyap, sejuk.
#2 Biasakan early dinner atau skip terus.
#3 Paling penting, pilih makanan serasi dan ambil nutrien untuk pulih perut, iaitu punca semua masalah di atas.


Wallahua'lam.

Kredit : Dr Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan

Post a Comment

0 Comments