Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) Pula Dibaca Selepas Masuk Waktu Maghrib Pada 6 Julai 2024M (Sabtu) Bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan Kalendar Islam, Pertukaran Tarikh Hijri (Hijrah) Bermula Selepas Waktu Maghrib.

 


“Dengan nama ALLAH Tuhan pemerintah seluruh alam. ALLAT S.W.T menurunkan rahmat dan kesejahteraanNYA ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.

Ya ALLAH Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMU yang besar, kemurahanMU yang luar hari ni merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul.

Kami memohon kepadaMU supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tentera, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.

Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMU wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

ALLAH S.W.T telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi ALLAH Tuhan pemerintah alam.”


Post a Comment

0 Comments