Atasi Dari Gangguan Jin dan Syaitan dengan Amalan Membaca Manzil




Manzil ialah satu set ayat-ayat suci al-Qur’an al-Kareem yang digunakan untuk mencegah dan merawat sihir. Kewujudan sihir disebut dalam al-Qur’an al-Kareem, Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman

padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon)

sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”.

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.

Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. [2:102]

Manzil diasaskan oleh Shaykh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi RH, seorang sufi dari Tarekat Chishti yang berasal dari sempadan India-Pakistan.

Antara senarai manzil yang terdapat dalam al-Qur’an al-Kareem:

1. Surah Al-Fatihah [1:1-7].

2. Surah Al-Baqarah [2:1-5].

3. Surah Al-Baqarah [2:163].

4. Surah Al-Baqarah [2:255-257]. 5.

Surah Al-Baqarah [2:284-286].

6. Surah ‘Ali ‘Imran [3:18].

7. Surah ‘Ali ‘Imran [3:26-27].

8. Surah Al-‘A’raf [7:54-56].

9. Surah Bani Israil [17:110-111].

10. Surah Al-Mu’minun [23:115-118].

11. Surah As-Saffat [37:1-11].

12. Surah Ar-Rahman [55:33-40].

13. Surah Al-Hashr [59:21-24].

14. Surah Al-Jinn [72:1-4].

15. Surah Al-Kafirun [109:1-6].

16. Surah Al-Ikhlas [112:1-4].

17. Surah Al-Falaq [113:1-5].

18. Surah An-Nas [114:1-6].

Ayat-ayat manzil ini boleh dibaca sekali atau dua kali sehari (pada waktu pagi dan petang) atau bila masa-masa 

Bacaan ini dibacakan oleh Shaikh Mishary

Post a Comment

0 Comments