Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.
Sebab-Sebab
Kekurangan air dan garam galian dalam badan dalam jumlah yang banyak.
Tanda dan Gejala
⏺️Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
⏺️Denyutan jantung menjadi cepat
⏺️Pernafasan cepat dan pendek
⏺️Tekanan darah menurun
⏺️Badan kering dan panas
⏺️Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
⏺️Rasa kepala berpusing
⏺️Pening
⏺️Rasa mual
⏺️Sawan atau pengsan
Rawatan di tempat kejadian :
☑️ Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
☑️ Sejukkan mangsa dengan selimut yang lembap atau siram dengan air sejuk.
☑️ Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
☑️ Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
☑️ Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Rawatan di hospital :
Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
Penyiasatan darah dan lain-lain penyiasatan berkaitan akan dilakukan jika ada keperluan.
Pencegahan
Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
0 Comments