Kebanyakan orang beranggapan demam biasa dan flu adalah demam yang sama. Sebenarnya terdapat perbezaan daripada beberapa segi. Sebenarnya terdapat perbezaan daripada beberapa segi.
Namun simptom-simptom untuk kedua-dua jenis demam ini adalah hampir serupa. Jika begitu, bagaimanakah cara untuk mengenal pasti perbezaannya?
Nama lain bagi demam biasa ialah demam selesema. Demam biasa berpunca daripada infeksi virus jenis Rhinovirus. Rhin berasal dari bahasa Greek yang bermaksud hidung.
Namun begitu, dalam istilah menggunakan istilah 'demam biasa, bagi menggantikan demam selesema.
Flu ialah sejenis demam berpunca daripada infeksi virus jenis A, B, atau C. Ia juga dikenali sebagai demam selesema walaupun bukan semua orang yang menghidap flu semestinya menghadapi selesema.
Namun, demam biasa ialah sesuai menerima panggilan 'demam selesema' kerana mereka yang menghidap demam ini biasanya akan mengalami selesema berbanding flu.
Pada hujung tahun 2009, dunia digemparkan dengan pandemik Selesema Babi. Swine Flu adalah istilah asal dalam Bahasa Inggeris untuk Selesema Babi.
Bagi Selesema Burung pula, ia diperolehi daripada istilah Bahasa Inggeris iaitu Bird Flu

0 Comments