×

4 Amalan Sunnah Bulan Zulhijjah

4 Amalan Sunnah Bulan Zulhijjah

Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amal soleh sememangnya dituntut pada setiap masa.  Bagaimanapun, terdapat beberapa masa serta keadaan di mana ia lebih dituntut serta ganjarannya lebih besar daripada masa serta keadaan yang lain. Ini adalah satu kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh sekalian hamba-Nya.

Salah satu daripada hari-hari istimewa tersebut adalah hari-hari al-‘asyr al-awa’il, iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini.

 

HADIS 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH

Daripada kitab Lata’if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Handbali,

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Insya-Allah umat Islam di Malaysia akan ‘menyapa’ bulan Zulhijjah pada awal bulan Julai pada tahun 2022.

Jadi, sambutlah bulan istimewa ini dengan ibadah sunnah yang boleh menambah pahala.
Perkongsian blog kali ini Min ingin kongsikan beberapa amalan sunnah yang boleh dilakukan sewaktu Bulan Zulhijjah ini..

 

1. Digalakkan berpuasa sunat pada 10 hari pertama Bulan Zulhijjah.

Berpuasa sekerap yang mampu pada 9 hari pertama terutamanya Hari Isnin-Khamis dan pada hari 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Dengan penuh pengharapan puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (HR Muslim)

  • Mempertingkatkan bacaan zikir – Tahlil, Takbir dan Tahmid.
  • Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah.
  • Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
  • Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah.

2. Amalan kebajikan

  • Mengeluarkan zakat bagi yang cukup syarat
  • Memberikan sumbangan barangan yang disukai dan yang berlebihan
  • Berbelanja untuk ibu bapa, pasangan, anak-anak, saudara mara, rakan taulan dan mereka yang memerlukan

3. Membaca Al-quran

  • Selalu membaca Al-Quran
  • Mendengar alunan ayat suci Al-Quran daripada pelbagai Qari dan Qariah
  • Menghafal dan mengulangkaji surah-surah yang dihafal
  • Membaca atau mendengar terjemahan dan tafsir
  • Muhasabah diri dari terjemahan dan maksud ayat-ayat Al-Quran

4. Melakukan Ibadah Korban.

  • Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang qurban.
  • Mengikuti semua amalan-amalan sunnah Aidil Adha.
  • Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha dengan penuh rasa semangat.
  • Mengerjakan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas.
  • Makan daging qurban dan memberi makan daging qurban kepada orang lain.
  • Menziarahi saudara mara dan rakan taulan. (*Pengecualian pada musim wabak COVID-19)

Akhir kata, sebagaimana meriahnya umat Islam memenuhi setiap masjid dan surau pada bulan Ramadan, hal sama juga perlu dilakukan pada 10 hari awal Zulhijjah ini kerana begitu banyak keistimewaannya yang dinyatakan dalam hadis sahih.

Walaupun peluang mengerjakan haji amat terhad tahun ini, kita harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menemui bulan Zulhijjah.

Share this content:

Post Comment