Nak Solat Jumaat Kena Naik Kereta 2 Jam?


Seramai 200 buah keluarga atau lebih 1,000 orang umat Islam di Imbituba, Santa Catarina, Brazil terpaksa menempuh perjalanan sejauh 80km atau 2 jam berjalanan ke daerah lain yang memiliki masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Jumlah penduduk Islam di Imbituba semakin bertambah, namun sehingga kini di daerah tersebut masih belum lagi memiliki masjid mereka sendiri.

Disebabkan itu, Muslim Care Malaysia Society bercadang untuk membeli sebuah bekas gereja yang terbiar untuk dijadikan sebagai masjid yang pertama di Imbituba. Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat beribadah, namun turut menjadi ‘one stop centre’ kepada penduduk umat Islam di sana.
Bersamalah kita bantu agar impian miliki masjid pertama di Imbituba, Brazil tercapai. Penduduk Islam di sana sudah lama mengimpikan adanya masjid mereka sendiri yang turut menjadi tanda penyatuan dan berkembangan syiar Islam di negara Brazil.
“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”
(Surah Al-Muzzammil: 20)
Jom sama-sama kita bantu merealisasikan impian memiliki masjid pertama di Imbituba, Brazil tercapai agar syiar Islam dapat kekal bersinar di negara tersebut.
Klik link untuk menyumbang dan bantu untuk share video ini supaya lebih ramai lagi dapat sama-sama membantu.


Post a Comment

0 Comments