×

“Senyum adalah ubat” – Apabila kita tersenyum, kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding..

“Senyum adalah ubat” – Apabila kita tersenyum, kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding..

GAMBAR-HEADLINE-WEBSITE-1 “Senyum adalah ubat” - Apabila kita tersenyum, kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding..

Saya nak ajak anda senyum. Senyumlah. Senyum ada manfaatnya pada sistem saraf otak. Kalau anda mulakan hari dengan senyuman, seluruh badan turut tersenyum dan dia anggap kita gembira. Akhirnya jadi sihat. Insya-ALLAH.

 

Apabila kita tersenyum, kita akan menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Patutlah orang yang kerap kerut dahi cepat berkedut dan cepat nampak tua. Itu faktanya

 

Jom murahkan senyuman, mudahkan ketawa. Perniagaan yang pasti tak merugikan dan pasti menguntungkan ialah senyuman.

 

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi serta menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. Pasal tu orang mudah senyum dan ketawa kurang sakit

Share this content:

Post Comment