Produk Garam Bukit Himalaya & Pakaian Muslimah

Post Top Ad

Tentang Kami



Dahulu kami dikenali sebagai jenama Nur Himalayan Salt bermula 1 November 2014.

Kini dijenamakan semula atas nama Fararmy oleh bekas seorang guru dan merupakan perniagaan dalam talian di rumah bertempat di Kuantan Pahang.

Antara produk keluaran Fararmy adalah Garam Mandian Aroma Pati Lavender, Garam Mandian Aroma Pati Lemon, Garam Masakan Nur dan Therapy Oil – Minyak Angin Aroma Pati Pudina.

Ketiga-ketiga produk ini menggunakan Garam Bukit Himalaya Asli. Pasti ianya berwajah baru di bawah jenama Fararmy.

Selain itu Fararmy juga memasarkan Baju Muslimah Patuh Syariah bermula dari peringkat remaja hingga dewasa. Baju kurung ini pastinya selesa dengan yang harga berpatutan, sesuai di gayakan pelbagai acara majlis keraian.

Fararmy mensasarkan lebih 300 pengguna produk  keluaran Fararmy dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura sehingga hujung Disember 2019.

Penjenamaan semula ini dibuat bertujuan agar jenama Fararmy ini mudah dikenali dan peranan produk kami difahami dengan lebih baik.

Nur Farizan Nasir & Mohammad Armyzee
Pengasas Bersama Produk Fararmy
Fararmy Empire (002963867-T)






No comments:

Post a Comment