×

46 Negara Termasuk Pakistan Mendapat Logo Halal Diiktiraf JAKIM

46 Negara Termasuk Pakistan Mendapat Logo Halal Diiktiraf JAKIM

Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru.

Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara. Pengguna boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut.

SENARAI PENUH LOGO-LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM

Sehingga kini, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia.

Apakah kegunaan senarai logo halal luar negara yang diiktiraf ini?

 

 

 

SENARAI-PENUH-LOGO-LOGO-HALAL-LUAR-NEGARA-YANG-DIIKTIRAF-OLEH-JAKIM-711x1024 46 Negara Termasuk Pakistan Mendapat Logo Halal Diiktiraf JAKIM

 

Pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara pada produk import yang dijual di pasaran.

 Pengimport mudah mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.

Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara boleh terlebih dahulu menyimpan di telefon pintar gambar logo-logo halal diiktiraf di negara yang akan dikunjungi.

Pengguna juga boleh muat turun dalam format pdf senarai Logo Halal Luar Negara diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Edisi Kemaskini klik sini 

Share this content:

Post Comment