×

Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

KOD-BOTOL-PLASTIK-YANG-BOLEH-DIGUNAKAN-SEMULA-FARARMY.COM_ Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

 

Kita mesti pernah lihat logo 267b Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula ni di botol-botol plastik kan? Adakah anda tahu apa maksudnya? Setiap kod nombor yang diletakkan merujuk kepada jenis bahan yang digunakan dalam pembuatan plastik tersebuat dan setiap kod ini juga mempunyai sifat dan kegunaan yang berlainan.

Adalah penting bagi setiap pengusaha makanan untuk mengetahui kod jenis plastik yang sesuai untuk digunakan sebagai pembungkus makanan 203c Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula Penggunaan plastik yang bukan gred makanan boleh menyebabkan pencemaran kimia dan membawa kepada keracunan makanan 1f922 Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

 

JOM KENALI KOD PLASTIK

 

Symbol_Resin_Code_1_PETE.svg_-150x150 Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

1.  POLYETHLENE TEREPHTHALATE (PET/PETE)

Bersifat lembut, lutsinar, mudah terurai, tidak tahan pada suhu tinggi

Contoh hasilan ialah botol air mineral, botol minyak, botol jus dan bekas barang kosmetik

Tidak sesuai untuk penggunaan semula 

Baca lagi >> Beza PET dan PETG 

 

 

Symbol_Resin_Code_2_HDPE.svg_-150x150 Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

2.  HIGH-DENSITY POLYETHLENE (HDPE)

Bersifat keras, tidak lutsinar dan tahan suhu tinggi

Contoh hasilan ialat alat permaiban kanak-kanak, bekas sabun pencuci, bekas suhu UHT/pasteur, meja dan kerusi lipat

Boleh digunakan semula (jangan gunakan bekas sabun untuk simpan makanan)

 

plastic-recycle-pvc-03-polyvinyl-chloride7748-150x150 Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

3.  POLYVINYL CHLORIDE (PVC/V)

Bersifat sangat lembut berbanding dengan jenis PETE dan mudah lentur

Contoh bahan hasilan shower, cap, tilam air, mainan air kanak-kanak, pelampung dan pakaian plastik

Tidak boleh digunakan semula 

 

 

symbol-for-ldpe-4-logo-0FA1A82ABA-fararmy.com_-1 Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

 

4.  LOW-DENSITY POLYETHLENE (LDPE)

Bersifat mudah luntur dan kuat tapi boleh dikoyakkan

Contoh kegunaan ialah pembungkusan makanan dan minuman sebagai lapisan dalam dan luar supaya kalis air

Boleh digunakan semula 

 

 

logo-pp Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

5.  POLYPROPYLENE (PP)

Bersifat tahan lasak, tahan kepada suhu yang tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada bahan yang dilindungi

Contoh kegunaan bekas yogurt, bekas margerin, gelas plastik, botol susu bayi, barang dapur dan bekas plastik microwave

Boleh digunakan semula

 

 

 

ps-fararmy Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

 

6.  POLYSTYRENE (PS)

Bersifat keras (bentuk styrofoam), sukar untuk diuraikan

Digunakan sebagai bahan buang seperti pembungkus makanan warna putih, bekas CD/VDV dan bekas telur

Tidak boleh digunakan semula.

 

 

 

Symbol_Resin_Code_7_OTHER Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

7.  LAIN-LAIN OTHER

Tidak memiliki sifat yang jelas kerana dihasilkan daripada campuran beberapa jenis komponen plastik

Contoh kegunaan ialah pendawaian elektrik, headlight, safety glasses

Tidak boleh digunakan semula.

jom-kenali-kod-botol-plastik Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

Kod nombor 2, 4 dan 5 selamat digunakan semula untuk menyimpan makanan

Dapat sesuatu? Kongsikan agar orang lain pun boleh tahu tentang kod kod pada plastik makanan 1f970 Jom Kenali Kod Botol Plastik Yang Selamat Untuk Digunakan Semula

“𝓚𝓮𝓼𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽𝓪𝓷 𝓜𝓪𝓴𝓪𝓷𝓪𝓷𝓪𝓷 𝓣𝓪𝓷𝓰𝓰𝓾𝓷𝓰𝓳𝓪𝔀𝓪𝓫 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓪”

Kredit : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Share this content:

Post Comment