×

Kajian Psikologi Melihat Kekuatan Diri Melalui Bulan Kelahiran – Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Kajian Psikologi Melihat Kekuatan Diri Melalui Bulan Kelahiran – Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

Ini adalah sekadar kajian berteraskan pengalaman dan teladan. Tak wajib betul. Harus salah. Jadi janganlah percaya sangat, jangan yakin sangat, takut-takut berunsurkan syirik

JANUARI

Biasanya bercita-cita tinggi, rajin dan setiap yang dibuatnya nampak keuntungan. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi dan mudah mendisiplinkan diri.

FEBRUARI

Biasanya bijak, mudah menawan orang lain, keras hati untuk mencapai matlamat dan bercita-cita tinggi tapi boleh menjadi terlalu boros

MAC

Biasanya sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah bersimpati, sangat peka pada orang lain tapi kelam kabut dalam memilih pasangan.

APRIL

Biasanya sangat aktif dan dinamik, sangat diplomatik (pandai memujuk) pengasih dan penyayang, sopan santun dan pemurah, agresif tapi kelam kabut dalam membuat keputusan.

MEI

Biasanya bermotivasi tinggi, bersikap sistematik (otak kiri), memahami apa yang terlintas di hati orang lain, pandai berdebat, rajin tapi agak boros

JUN

Biasanya berfikiran jauh dan berwawasan, sukar melakukan sesuatu dengan segera, mudah berkawan dan pandai berkawan tapi kedegilan yang tak terkawal.

JULAI

Biasanya lurus, berjiwa sentimental, mudah dan rajin belajar, suka duduk dirumah, tak agresif kecuali terpaksa

OGOS

Biasanya mudah tertawan padanya, berani, tegas dan bersikap pemimpin. Pandai memujuk orang lain, cepat berfikir, bersikap kelam kabut dan suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Biasanya sangat cermat, teliti dan teratur, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Orang yang banyak berfikir. Pandai mendorong diri sendiri.

OKTOBER

Biasanya tak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan-kawan, ambil berat tentang orang lain, orang yang adil tapi mudah patah semangat.

NOVEMBER

Biasanya banyak idea, personaliti yang dinamik, apabila berkehendak sesuatu dia akan usahakan sehingga berjaya, mudah ambil berat terhadap orang lain, cara berfikir yang lain daripada orang lain dan pandai mendorong diri sendiri.

DISEMBER

Biasanya kurang sabar dan tergesa-gesa, tapi bercita-cita tinggi, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, cepat marah tapi perangainya mudah berubah-ubah.

Betapa bagusnya diri kita, tapi tak ada orang yang beritahu kita. Jom kita perkasakan diri kita, keluarga, anak dan seangkatan dengannya. Kalau dah tau tak bagus kita perbaiki diri betul ke betul.

 

 

Share this content:

Post Comment