×

Apa Itu Essential Oil

Apa Itu Essential Oil

APA-ITU-ESSENTIAL-OIL- Apa Itu Essential Oil

Essential Oil dalam Bahasa Melayu kita panggil minyak pati. Essential Oil ni sebenarnya kita ambil daripada daun, ada yang kita ambil dari kelopak bunga, daripada batang pokok, buah.

Bahagian tumbuhan ini kita ambil intipati dia, daripada minyak pati dia  yang ada semua kebaikan daripada tumbuhan dan kita jadikan dia essential oil.

Contoh paling senang kita manusia kita perlukan darah untuk hidup jadi tumbuh-tumbuhan dia perlukan essential oil atau minyak pati untuk terus hidup.

Macam mana kita nak ekstrak minyak pati ? ada berbagai cara secara generalnya kita gunakan teknik penyulingan , penyulingan ni kita panggil distillation , kita boleh guna penyulingan dengan air dan menggunakan bahan-bahan yang lain.

Cara kedua ialah dari segi cold pressed ialah satu method yang mekanikal maknanya dia tak ada haba, contoh paling senang kalau kita nak ambil air tebu kan kita masukkan ke dalam mesin kemudian dia akan press macam tu kan , macam tu lah cara kita dapat minyak pati menggunaka kaedah cold pressed

bila kita dapat minyak pati ni , dia sangat pekat dan kita tak boleh pakai dengan terus ke kulit terutama sekali anak yang masih bayi , kulit anak ini sangatlah sensitif, sangat lembut, jadi essential oil ini kita mix kan atau blend kan dengan minyak lain

Minyak lain ni kita panggil carrier oil atau minyak pembawa biasanya kita pakai minyak sayuran contoh olive oil, coconut oil . minyak sayuran ini kita campur dengan essential oil barulah pakai ke atas anak kita. Dengan itu saja cara yang selamat. Kalau pakai essentiol oil saja tak boleh no no no its not safe

Minyak Pati ini telah RND, Lab Tested Selamat untuk bayi dan anak-anak

Macam mana essential oil ini berfungsi? Minyak ini boleh berfungsi dengan dua cara.

Cara yang pertama melalui aroma, bila kita buka botol essential oil kita boleh terus hidu, deep inhale dengan teknik sedut, jadi molekul essential oil tu boleh terus masuk ke sistem pernafasan dan boleh trigger sistem otak dan akan hantar ke sistem body.

Mana-mana bahagian emosi tak stabil , rasa macam tak sihat, mana-mana bahagian yang tak sepatutnya dia akan hantar dan dari situ essential oil akan bantu stabilkan mana-mana bahagian yang tak stabil , yang tak sihat dan sebagainya

Cara yang kedua ialah kita guna terus di bahagian kulit anak kita secara topical, bila kita guna secara topical , essential oil ni adalah sejenis yang memang boleh larut dalam lemak dan boleh meresap sangat cepat, bila letak kat kulit terus , essential oil akan meresap ke sistem darah dan terus pergi dekat sistem yang tak balance, tak sihat, dia akan ajar body untuk heal , so that how it works

Bila guna secara topical mesti di blendkan , dicampurkan dengan carrier oil especially untuk bayi dan anak-anak

 

 

 

Share this content:

Post Comment