Produk Garam Bukit Himalaya & Pakaian Muslimah

Post Top Ad

Jan 8, 2020

Perbezaan Kain Como Crepe dan Moss Crepe



COMO CREPE
Kain jenis ini sangat di gemari peminat jubah di Malaysia. Materialnya lembut dan tidak panas. Kainnya agak berat berbanding kain satin. Material como crepe tidak jarang dan tidak mudah berkedut.

Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai Nampak agak kurus ketika menggayakannya. Kain como crepe mempunyai banyak pilihan daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

MOSS CREPE
Fabrik Moss Crepe ini mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok. Materialnya yang lebih lembut berbanding Como Crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai. Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidaj jarang dan selamat.

Kain moss crepe bukan saja sesuai di buat jubah tetapi juga untuk blouse dan cardigan panjang. Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya.

Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga dual tone. Material ini tidak turun warna ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak.

No comments:

Post a Comment