Produk Berasaskan Garam Bukit Himalaya Sejak 2014

Post Top Ad

May 7, 2019

Cara Mudah Panduan Warna Pakaian 7 Hari Seminggu & Bagus Mengikut Para Ahli Psikologi.





Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan si pemakai selama ini. Ramai yang memilih warna mengikut personaliti diri atau kesesuaian kulit. Sebenarnya pakar motivasi mengatakan pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.






Hari Isnin : Putih Lambang Kesucian

Hari Isnin sebagai permulaan hari, jadi amat penting untuk kamu kembali ke kuliah atau tempat kerja dengan mood yang positif. Warna ini lambang kesucian harmoni. Pemakaian warna putih akan membuatkan kita berasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.





Hari Selasa : Merah Jambu/Ungu Suburkan Kasih Sayang

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura posotif daripada merah jambu membuatkan kamu berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi kita untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh ketua atau pensyarah. Warna ini juga membuatkan kamu ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar





Hari Rabu = Biru Memudahkan Komunikasi

Warna Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkan komunikasi. Ia juga mendorong kamu untuk berfikiran rasional dan membuat keputusan dengan tepat.





Hari Khamis : Kuning/Oren Bergerak Aktif

Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Dua warna tersebut memberi keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.




Hari Jumaat = Hijau Beri Ketenangan

Warna Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan, ia mampu memberi pengisian untuk diri kita.




Hari Sabtu = Merah Berani Mencuba

Warna merah sesuai dikenakan pada hari ini kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong kamu agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.





Hari Ahad = Hitam Untuk Istirehat

Warna hitam membuatkan kamu berada dalam zon selesa dan privasi. Suasana ini amat sesuai untuk kamu istirehat agar kembali bertenaga merencanakan masa depan.





No comments:

Post a Comment